Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H


Selamat Hari Raya 2017 al-barakah

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, kita dapat bersama-sama melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berakah dan kemuliaan.

Saya ingin merakamkan  penghargaan terima kasih  kepada seluruh warga Al-Barakah Group diatas segala usaha yang telah diberikan di dalam memastikan strategi dan perancangan yang telah dirancang bagi memajukan perkembangan syarikat.

Usaha anda semua itu amatlah berharga dan semoga diberkati dan dikurniakan kebaikan. Walaupun dengan cabaran demi cabaran yang mendatang kita masih tetap berusaha menghadapinya dengan tabah demi tanggungjawab kita memberi nilai kepada pelanggan.

Akhir kata marilah kita bersama-sama memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kekhilafan, samada yang sengaja atau tidak sengaja di atas segala perbuatan atau tutur kata yang menyakiti hati. kerana kita adalah manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan serba kekurangan.

Semoga dengan tautan hati antara kita, semua rintangan dan cabaran dapat kita hadapi bersama.

Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sepuluh jari disusun memohon maaf di atas segala kesilapan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengarah di Syarikat ini.

Dengan Ingatan Tulus ikhlas,

Abdul Fazmin

CEO/Pengarah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *