Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1439 H


hari raya 2018

 

AIDILFITRI mengingatkan kita untuk kembali kepada fitrah yang suci sebagai manusia yang berada di alam yang fana ini sebagai hamba Allah.

Ramadhan telah pergi dan membuka peluang untuk kita muhasabah diri dan mempupuk kekuatan untuk kita memiliki hablummin Allah (hubungan dengan Allah) dan hablummina an-nas (hubungan dengan manusia).

Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, juga dipenuhi dengan ibadah di malam hari maka tibalah satu Syawal yang menjadi hari untuk kita mengungkapkan rasa syukur dan puji-pujian kepada Allah S.W.T.

Kesatuan hati dan kesatuan amal yang dimiliki oleh majoriti masyarakat Malaysia itu adalah satu petanda yang baik bahawa kita mahukan perubahan yang lebih baik untuk tanah air tercinta kita, Malaysia ini.

Di sini juga, saya Abdul Fazmin selaku pengarah syarikat mewakili Team Al-Barakah Group Tuan Saiful Rahman, Puan Fatin Nur Izzati, Cik Najiha & seluruh Tenaga Pengajar Al-Barakah Training Centre PLT ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya kepada pelanggan dan kenalan kami.

Taqabalallahu minna wa minkum, shiyama wa shiyamakum, wa ja’alana Allahu minal ‘aidin wal faizin
“Semoga Allah menerima amalan dan puasa kita, dan menjadikan kita orang yang kembali (kepada fitrah) dan orang-orang yang berjaya

Dengan Tulus Ikhlas,

Abdul Fazmin & Rakan Kerja Al-Barakah Group

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *