Suntikan Typhoid Pengendali Makanan


Kami berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan.
Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang ingin bekerjasama membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka dengan bayaran yang tidak membebankan.
Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid
Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :
1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima)
Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai.

suntikan sah selama 3 tahun. Oleh itu sila pastikan anda sediakan 1 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT untuk kad suntikan tersebut.