Kursus Pengendali Makanan Online
Confirm-
00
days
-
00
hours
-
00
minutes
-
00
seconds
Shah Alam | Kuala Lumpur | Putrajaya | Ipoh | In-House | Online (NEW!)
Menganjurkan Kursus Pengendali Makanan secara online. Terbuka kepada semua pengendali makanan di seluruh Malaysia.
Hanya perlukan “Smart Phone” dan akses internet!
Pendaftaran kursus secara fizikal di cawangan atau kursus secara online.
Kursus pengendalian makanan adalah kursus yang WAJIB di hadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.
Pengendali makanan bermaksud individu yang secara langsung atau tidak langsung mengendalikan makanan.
Kegagalan mematuhi syarat ini sekiranya di dapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 Tahun atau denda RM10,000 atau keduanya.
NEW! Kursus Pengendali Makanan Online
Bermula April 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi kelulusan kepada kami untuk mengendalikan kursus secara Online.
Langkah ini sangat memudahkan peserta untuk menimba ilmu dan secara tidak langsung akan mengurangkan kes-kes keracunan makanan di Malaysia.
✔️ Mudah – Anda hanya perlu duduk di rumah ikut kursus secara Online.
✔️ Murah – Jimat minyak kereta, Tol & parking. Tak perlu lagi kalau online.
✔️ Selamat – Pilihan yang paling selamat di musim COVID19.
Lulusan Ijazah Teknologi Makanan (USM) dengan 12 tahun pengalaman industri dan telah membimbing dan mengajar lebih 10,000 pengendali makanan dari pelbagai latar belakang industri.
Merupakan Tenaga Pengajar yang di iktiraf oleh:
🔵 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
🔵 HRDF
🔵 MIHA-JAKIM
🔵 Eksekutif Halal
4.7 / 5
Google Rating
days
hours
minutes
seconds
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Kursus & Latihan Pengendali Makanan (LPM) pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institusi swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan.
Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara.
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM.
Secara Am berdasarkan Akta Makanan 1983, semua pengendali makanan di Malaysia Wajib menghadiri kursus ini.
Pengendali makanan ini adalah individu yang mengendalikan makanan secara langsung atau tidak langsung di secara komersial.
Dengan bahasa mudah, sekiranya anda mengendalikan/menyediakan makanan untuk masyarakat umum, maka anda di kategorikan sebagai pengendali makanan.
Ini termasuk pengendali makanan yang berada di premis berikut tetapi tidak terhad kepada:
🔵 Kilang Makanan / Minuman
🔵 Hotel / Resort
🔵 Restoran / Kedai Makan / Kafe
🔵 Medan Selera
🔵 Pasaraya
🔵 Bakeri / Kedai Roti / Kek
🔵 Kantin Sekolah / Asrama / IPTA / IPTS / Kilang / Pejabat
🔵 Pusat Jagaan / Taska / Tadika
🔵 Katering
🔵 Gerai Makanan / Minuman
🔵 Penjaja Makanan / Minuman
🔵 Pasar Malam / Pagi / Tani
🔵 Dapur Hospital
🔵 PLKN
🔵 Food Truck
🔵 Peniaga Dari Rumah (Home Base)
Berdasarkan faktor dan beban kerja yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf.
KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar dalam menjalankan aktiviti Kursus Pengendali Makanan kepada industri.
Al Barakah Training Solution merupakan syarikat yang telah diberi pengiktirafan oleh KKM untuk mengendalikan kursus ini sejak 2009.
KOD SLPM: A/B/025
Peserta kursus perlu menghadiri kursus ini sepenuhnya selama minima 3 Jam.
Yuran yang dikenakan adalah sangat murah dan tidak berubah sejak 1984 iaitu sebanyak RM50.
Tetapi di sekiranya anda berdaftar untuk kelas fizikal di Shah Alam, Putrajaya, Wangsamaju yudan adalah sebanyak RM50 + RM10(Fi Pengurusan) menjadikan ia RM60 Seorang.
Sejak PKP dilaksanakan, KKM mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan kursus pengendalian makanan secara online.
Kursus ini dijalankan dengan isi kandungan dan tempoh yang sama tetapi menggunakan platform online seperti ZOOM dan GOOGLE Meet.
Yuran bagi kursus online adalah RM50 sahaja seorang.
Al Barakah Training Solution bekerjasama dengan beberapa klinik yang di iktiraf dan berlesen untuk memberikan suntikan wajib pengendali makanan.
Kami menawarkan perkhidmatan ini kepada peserta kursus yang hadir di pusat latihan kami atau kami boleh buat di tempat anda (Lembah kelang sahaja)