Kursus Asas Pengendalian Makanan


Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Training Solution

Pada 2015, Al-Barakah Training Centre PLT ditubuhkan selaras dengan perkembangan syarikat agar dapat dikendalikan dengan lebih efisyen.

Kini Al-Barakah Training Centre PLT telah mempunyai seramai 7 orang tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dalam Industri pemakanan & Halal dan telah mempunyai 2 lokasi kursus iaitu di Shah Alam dan WP Putrajaya.

Berpusat di Pusat Perdagangan Suri Puteri, Seksyen 20 Shah Alam, Ruang latihan kami dilengkapi dengan jenis kemudahan menyeluruh yang diperlukan oleh pelajar dengan bilik darjah berhawa dingin yang boleh menampung 30 pelajar dalam satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Surau dan Internet.

Kini Al-Barakah Training Centre PLT dikenali sebagai Al Barakah Training Solution Sdn Bhd.

Lokasi & Syarat Kursus Pengendalian Makanan

Yuran Kursus: RM50 ( Yuran Di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia + RM10 ( Cas Pengurusan dokumentasi, failing, penyimpanan data dan refreshment)

Tempoh Kursus: 3 Jam ( Berdasarkan Modul yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

Sijil Kehadiran : Kami menyediakan sijil serta merta setelah selesai kursus dengan syarat pendaftaran dan bayaran dibuat sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan sebelum kursus.

Penggunaan Sijil : Sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Training Solution boleh digunakan diseluruh Malaysia dan sah digunapakai / diiktiraf oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Sah Laku Sijil : Tiada tempoh tamat sijil. Sijil adalah sah digunapakai sampai bila-bila.

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Shah Alam

Kami menjalankan kursus di Shah Alam pada setiap hari sabtu dan bilangan peserta di hadkan kepada 30 orang peserta sahaja.

Pendaftaran bagi kursus ini boleh dibuat di pautan ini Daftar Kursus Pengendali Makanan Shah Alam

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Cawangan Putrajaya

Kami menjalankan kursus di Putrajaya pada setiap hari sabtu dan bilangan peserta di hadkan kepada 25 orang peserta sahaja memandangkan bilik latihan yang kecil dan kami mengutamakan keselesaan peserta.

Pendaftaran bagi kursus ini boleh dibuat di pautan ini Daftar Kursus Pengendali Makanan Putrajaya

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Cawangan Kuala Lumpur 

[UPDATE!] Kami telah pun membuka lokasi kursus baharu di Kuala Lumpur iaitu Di Jalan Gurney. Kursus berjadual tetap untuk buat permulaan ini adalah dijangka 2 kali sebulan.

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Cawangan Ipoh, Perak

[NEW OPENING!] Kami telah pun membuka lokasi kursus baharu di Taman Anda Ipoh, Perak. Ini adalah Kolaborasi bersama Rakan Strategik kami iaitu Sehat Academy. Kursus berjadual tetap untuk buat permulaan ini adalah dijangka 2 kali sebulan.

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Cawangan Melaka.

[SOON] Pembukaan lokasi kursus di Melaka akan di hebahkan apabila sudah siap sedia untuk menerima pendaftaran.

Sekolah Latihan Pengendali Makanan Al Barakah Cawangan Johor.

[SOON] Pembukaan lokasi kursus di Johor akan di hebahkan apabila sudah siap sedia untuk menerima pendaftaran.

Kursus Pengendalian Makanan In-House

Kami sangat memahami permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha restoran di mana susah untuk mereka menghantar pekerja mereka untuk menghadiri kursus berdasarkan pengalaman kami leh kerana :

  1. Pekerja ramai – Susah untuk mengendalikan pengangkutan pekerja yang ramai melebihi 7 orang untuk ke tempat kursus.
  2. Pekerja kurang – sekiranya menghantar pekerja kursus, tiada yang mengurus operasi restoran.
  3. Jadual Kursus tidak sesuai – Kami menjalankan kursus terbuka pada setiap sabtu tetapi bagi perniagaan restoran, hari sabtu merupakan paling sibuk. Oleh kerana itu mereka lebih senang untuk menghadiri kursus ini pada hari Isnin-Jumaat.

Oleh disebabkan masalah-masalah yang dihadapi ini, kami hadir untuk memberi penyelesaian kepada permasalahan ini. Sila hubungi kami untuk rundingan dan sebut harga.