Kursus Asas Halal & Toyyib


 

Al-Barakah Training Centre Plt - Kursus Asas Halal

Kursus Halal & Toyyib di Selangor

Industri halal di Malaysia mula diperkenalkan secara serius apabila penggunaan logo halal Malaysia diseragamkan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan termasuk di dalam Akta Perihal Dagangan Halal 2011.

Namun begitu, tiada kursus halal atau latihan dan penerangan yang meluas tentang Pensijilan Halal Malaysia (PHM) berkenaan kepentingan halal, cara memohon dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Kami dari Al-Barakah Training Centre PLT berusaha agar maklumat dan ilmu berkaitan industri halal dapat disebarluaskan ke semua negeri di Malaysia bermula dengan negeri Selangor dan yang berdekatan.

Kursus Asas Halal & Toyyib merupakan antara syarat yang wajib dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia. Namun begitu, ia belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Oleh kerana sistem pendaftaran & pengurusan Halal di Hab halal JAKIM masih baru, maka proses menguatkuasakan semua syarat-syarat yang terkandung di dalam manual permohonan dikuatkuasakan secara berperingkat.

Kepentingan Kursus Halal & Toyyib

Kursus ini diwajibkan hadir oleh semua kakitangan yang terlibat secara langsung dalam sesebuah syarikat yang memegang sijil pengiktirafan Halal JAKIM.

Ini adalah bagi memastikan semua kakitangan syarikat tersebut terutama yang di bahagian dapur dan ‘Purchaser’ iaitu yang menguruskan pembelian bahan mentah tahu akan etika pengurusan halal dan menjaga kredibilti Pensijilan Halal itu sendiri.

Antara kepentingan lain adalah bagi memastikan gerak kerja kakitangan pengendali makanan selari dengan garis panduan syara’ dan keselamatan makanan agar kualiti Halal & toyyib dapat di capai.

Topik Kursus

Kursus ini adalah dalam tempoh satu hari dan akan dibahagikan kepada 4 topik iaitu:

  • Pengenalan Halal & Toyyib mengikut perspektif Syara’
  • Pensijilan Halal Malaysia
  • Skim Pensijilan Halal JAKIM
  • Perlaksanaan Halal & Tanggungjawab