Halal Competency Training di bawah program PENJANA100+Halal PKS

KURSUS PENJANA100+ HALAL PKS

APA ITU PENJANA100+ HALAL PKS?

Program PENJANA100+ HALAL PKS merupakan sebuah program jangka masa panjang dan memerlukan integrasi dan kerjasama dari 3 Kunci utama iaitu Graduan Universiti, Usahawan Mikro & PKS dan Organisasi dana sokongan.

” Anggaran pasaran halal global adalah RM 7 Trilion. Namun, hanya RM 40 Bilion sahaja nilai export daripada Malaysia. Daripada nilai ini pula, hanya 13% adalah dari produk makanan. ” 

3 KUNCI UTAMA PENJANA100+

Re-Skill

Memberi pendedahan lapangan industri kepada graduan halal dalam mengendalikan pengurusan Halal dalaman.

Mikro & PKS

Membantu 100+ perniagaan mikro & PKS yang berpotensi untuk mendapatkan pensijilan halal & MeSTI bagi tahun 2022.

Subsidi

Menggabungkan organisasi, individu, agensi dan institusi kewangan yang mempunyai aspirasi yang sama untuk memberi bantuan kewangan.

Misi Program

Malaysia sebagai pengeluar produk makanan halal #1 Dunia pada 2030.

Objektif Program

Manfaat Program

Mewujudkan Peluang Pekerjaan

Di Malaysia dan di luar negara...

Seramai 40,000 graduan industri halal keluaran universiti tempatan setiap tahun semenjak program halal di perkenalkan. Pada hari ini, hanya 30,000 sahaja yang mendapat pekerjaan.

Kenapa anda perlu memohon untuk Program ini?

Ini yang bakal anda perolehi dengan menyertai program ini.

Program ini meletakkan 4 bulan sebagai tempoh optimum dan 6 bulan sebagai tempoh maksima kelulusan pensijilan halal.

Bimbingan pensijilan MeSTI bagi kategori pembuatan makanan mengikut kategori yang di pilih.

Terima kasih kepada individu dan organisasi yang mempunyai kepercayaan yang sama dalam mendukung misi halal. Subsidi 50% atau maksima RM5,000 sangat bermanfaat untuk anda. 

Latihan & Bimbingan 1-ON-1 berkaitan pengurusan halal akan diberikan secara percuma.

Sistem dokumentasi yang bersistematik dan teratur memudahkan pengurusan halal jangka masa panjang.

Semua pemohon layak mendapat diskaun 20% kepada program latihan syarikat Al Barkah Training Solution yang terpilih.

Kelayakan Program Penjana 100+ Halal PKS

Kursus pengendali makanan online

Pasukan Kami Yang Akan Membimbing Anda

Kami akan membimbing anda mendapatkan pensijilan Halal dan MeSTI dengan pengalaman 12 tahun di dalam industri. 

Abdul Fazmin

Position : Managing Director

Siti Munirah

Position : Training Consultant

Nur Syahirah

Position : Halal Consultant

Dengan perkhidmatan latihan & perundingan yang telah kami tawarkan sejak 2009, kami akan terus fokus dalam menyampaikan perkhidmatan kami yang berharga kepada pelanggan kami.

SOALAN LAZIM

Program ini terbuka kepada perniagaan jenis Restoran, Kafe, Kiosk, Pembuatan produk makanan dan minuman sahaja. 

Kesemua perniagaan mestilah menjual produk yang halal sahaja.

Program ini di tawarkan kepada semua perniagaan yang di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tanpa mengira bangsa mahupun status bumiputra. Namun begitu, syarat-syarat yang dinyatakan mesti dipenuhi bagi melayakkan mengikuti program ini.

Setelah di tolak rebet PENJANA100+ dan Subsidi sebanyak 50%, jumlah pembayaran yang perlu di tanggung oleh pemohon adalah dari RM2,950 sehingga RM5,000 bergantung kepada pakej perkhidmatan yang di mohon.

Pemohon akan melalui beberapa sesi tapisan bagi memastikan pemohon benar-benar layak untuk mendapatkan pensijilan halal dan juga layak menerima subsidi. Komitmen dan kesediaan premis sangat penting dan di ambil kira dalam proses kelulusan.

Ya.

Bagi tahun 2022, kami mensasarkan kepada hanya 100~150 syarikat sahaja dan ini tertakluk kepada ketersediaan dana subsidi.

Proses saringan yang di lakukan amat teliti dan ini dapat mengurangkan risiko permohonan pensijilan halal gagal. Di sebabkan itu, sepanjang penglibatan kami dalam memberi khidmat perundingan, belum pernah ada syarikat yang gagal mendapatkan pensijilan halal. Oleh yang demikian, pihak kami akan memberi Jaminan 100% pulangan wang sekiranya pihak pemohon gagal mendapat pensijilan halal dengan syarat semua perkara yang dinyatakan dalam permohonan telah dilakukan dan dipenuhi mengikut garis masa yang ditetapkan.

Permohonan akan di tutup apabila sasaran 100~150 syarikat memohon terlah di penuhi. Link permohonan bagi tahun 2022 akan di nyah-aktif.