Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kursus Asas Halal & Toyyib Siri~9

January 24 @ 9:00 am - 5:00 pm

RM150
Kursus Halal Toyyib Selangor JAKIM Januari 20192019

Industri halal di Malaysia mula diperkenalkan secara serius apabila penggunaan logo halal Malaysia diseragamkan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan termasuk di dalam Akta Perihal Dagangan Halal 2011.

Namun begitu, tiada kursus halal atau latihan dan penerangan yang meluas tentang Pensijilan Halal Malaysia(PHM) berkenaan kepentingan halal, cara memohon dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Kami dari Al Barakah Training Solution berusaha agar maklumat dan ilmu berkaitan industri halal dapat disebarluaskan ke semua negeri di Malaysia bermula dengan negeri Selangor dan yang berdekatan.

Kursus Asas Halal & Toyyib merupakan antara syarat yang wajib dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia.

Pada Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-9 ini, kami akan menjelaskan tentang pembaharuan dan syarat-syarat baharu yang diperkenalkan oleh pihak Hab Halal Jakim.

Kepentingan Kursus Halal & Toyyib

Kursus ini diwajibkan hadir oleh semua kakitangan yang terlibat secara langsung dalam sesebuah syarikat yang memegang sijil pengiktirafan Halal JAKIM.

Ini adalah bagi memastikan semua kakitangan syarikat tersebut terutama yang di bahagian dapur dan ‘Purchaser’ iaitu yang menguruskan pembelian bahan mentah tahu akan etika pengurusan halal dan menjaga kredibilti Pensijilan Halal itu sendiri.

Antara kepentingan lain adalah bagi memastikan gerak kerja kakitangan pengendali makanan selari dengan garis panduan syara’ dan keselamatan makanan agar kualiti Halal & toyyib dapat di capai.

Pengusaha produk makanan dan individu digalakkan menghadiri kursus ini bagi persediaan memohon pensijilan Halal Malaysia.

Latar belakang Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar Kursus Halal Saiful Abd Rahman

En. Saiful Abd Rahman merupakan lulusan Sarjana Muda Food Scines ( USM, Penang ) dan telah berkhidmat di Syarikat pengeluaran bersakala tinggi seperti FFM dan juga sebagai ‘Training Module Creator’ di Domino’s Pizza selama 3 tahun. Kini beliau telah diiktiraf sebagai Eksekutif Halal yang ditauliahkan oleh Halal Professional Board (HPB) dan juga sebagai HRDF TTT Certified Trainer.

Beliau juga merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengajar Kursus Pengendalian Makanan dan telah mengajar lebih dari 500 sesi kursus ini sejak 2015

Topik Kursus

Kursus ini adalah dalam tempoh satu hari dan akan dibahagikan kepada 4 topik iaitu:

  • Halal mengikut prspektif syari’ah
  • Skim pensijilan halal JAKIM
    • Manual Prosedur Pensijilan Halal JAKIM 2014(Semakan ke-3)
    • MS1500:2009
  • Prosedur terkini 2019 garis panduan baharu (2019)

BONUS: Handout Carta Alir Permohonan Halal & Checklist Dokumen

Yuran

hrdf claimableYuran kebijaksanaan yang dikenakan adalah seperti berikut:

1Pax – RM150

Early Bird: RM130 ( Pembayaran sebelum Januari 7)

Jumlah Peserta dihadkan kepada 20 orang sahaja.

 

Cara Daftar

Untuk pendaftaran, sila Klik pada button pendaftaran ini:

 

 

button_daftar

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/masalah pendaftaran, sila hubungi kami semula.

Cik Nur Najiha

  • Mobile : +6017 . 328 . 4947 ( Call / Whatsapp / SMS )
  • email: sales@al-barakah.com.my

Nota: Makanan, nota kursus, Refreshments ada disediakan.

Terima kasih & Jumpa anda di Sana!

Details

Date:
January 24
Time:
9:00 am - 5:00 pm
Cost:
RM150
Event Category:
Event Tags:
, , , , ,

Organizer

Cik Najiha
Phone:
017 647 9247
Email:
najiha@al-barakah.com.my

Venue

Al Barakah Training Solution, Shah Alam
Unit-7, 5B, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Jalan Singa F20/F, seksyen 20, 40300
Shah Alam, Selangor 40300 Malaysia
+ Google Map
Phone:
017-328-4947
Website:
www.al-barakah.com.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *