Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-2

May 20, 2017 @ 9:00 am - 5:00 pm

RM150
Al-Barakah_com_my_Slider_Halal_20may2017-3

Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-2

Industri halal di Malaysia mula diperkenalkan secara serius apabila penggunaan logo halal Malaysia diseragamkan dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan termasuk di dalam Akta Perihal Dagangan Halal 2011.

Namun begitu, tiada kursus halal atau latihan dan penerangan yang meluas tentang Pensijilan Halal Malaysia (PHM) berkenaan kepentingan halal, cara memohon dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Kami dari Al-Barakah Training Centre PLT berusaha agar maklumat dan ilmu berkaitan industri halal dapat disebarluaskan ke semua negeri di Malaysia bermula dengan negeri Selangor dan yang berdekatan.

Kursus Asas Halal & Toyyib merupakan antara syarat yang wajib dilaksanakan seperti yang terkandung di dalam Prosedur Permohonan Pensijilan Halal Malaysia. Namun begitu, ia belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Oleh kerana sistem pendaftaran & pengurusan Halal di Hab halal JAKIM masih baru, maka proses menguatkuasakan semua syarat-syarat yang terkandung di dalam manual permohonan dikuatkuasakan secara berperingkat.

Pada Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-2 ini, kami akan menjelaskan tentang pembaharuan dan syarat-syarat baharu yang diperkenalkan oleh pihak Hab Halal Jakim.

Kepentingan Kursus Halal & Toyyib

Kursus ini diwajibkan hadir oleh semua kakitangan yang terlibat secara langsung dalam sesebuah syarikat yang memegang sijil pengiktirafan Halal JAKIM.

Ini adalah bagi memastikan semua kakitangan syarikat tersebut terutama yang di bahagian dapur dan ‘Purchaser’ iaitu yang menguruskan pembelian bahan mentah tahu akan etika pengurusan halal dan menjaga kredibilti Pensijilan Halal itu sendiri.

Antara kepentingan lain adalah bagi memastikan gerak kerja kakitangan pengendali makanan selari dengan garis panduan syara’ dan keselamatan makanan agar kualiti Halal & toyyib dapat di capai.

Pengusaha produk makanan dan individu digalakkan menghadiri kursus ini bagi persediaan memohon pensijilan Halal Malaysia.

Topik Kursus

Kursus ini adalah dalam tempoh satu hari dan akan dibahagikan kepada 4 topik iaitu:

  • Pengenalan Halal & Toyyib mengikut perspektif Syara’
  • Pensijilan Halal Malaysia
  • Skim Pensijilan Halal JAKIM
  • Syarat-syarat & Permohonan Pensijilan Halal Malaysia

Yuran

Yuran kebijaksanaan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • 1 Pax – RM 200  RM 150
  • 2 Pax – RM 350 RM 260
  • 3 Pax – RM 450 RM 330

Jumlah Peserta dihadkan kepada 20 orang sahaja.

Cara Daftar

Untuk pendaftaran, sila hubungi Koordinator kursus kami:

Puan Fatin Nur Izzati

  • Mobile : +6017 . 328 . 4947 ( Call / Whatsapp / SMS )
  • email: frontdesk@al-barakah.com.my

Nota: Makanan, nota kursus, Refreshments ada disediakan.

Terima kasih & Jumpa anda di Sana!

Details

Date:
May 20, 2017
Time:
9:00 am - 5:00 pm
Cost:
RM150
Event Categories:
,
Event Tags:
,
Website:
www.albarakahtc.setmore.com

Organizer

Puan Izzati
Phone:
017 328 4947
Email:
izzati@al-barakah.com.my

Venue

Al-Barakah Training Centre, Shah Alam
Unit-7, 5B, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Jalan Singa F20/F, seksyen 20, 40300
Shah Alam, Selangor 40300 Malaysia
+ Google Map
Phone:
017-328-4947
Website:
www.al-barakah.com.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Kursus Asas Halal & Toyyib Siri-2