Pengenalan Kursus

Syarat baru seperti yang dinyatakan dalam MPPHM (Domestik) 2020 bahawa semua syarikat WAJIB memastikan Halal Competency Training / Latihan Kompetensi Halal dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali kepada Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee).

Latihan ini akan meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman dalam  meningkatkan keselamatan makanan & halal di dalam ekosistem pengeluaran produk makanan syarikat.

Para peserta akan didedahkan dengan Amalan Halal yang Baik di dalam membangunkan sistem pengurusan halal serta mengamalkan  Sistem Jaminan Halal dalam operasi harian di dalam organisasi.

Kursus latihan ini tidak sama dengan Halal Awareness Training yang diwajibkan di hadiri oleh semua pekerja khusus di bahagian pemperosesan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.

Halal Competency Training 2023

Al Barakah dengan kerjasama syarikat penyedia latihan halal yang berdaftar di bawah Halal Professional Board menjalankan latihan ini secara aktif melalui pilihan berikut:

Isi Kandungan Latihan

Bagi latihan Halal Competency Training ini, aspek-aspek yang akan diberi penekanan adalah berdasarkan manual MPPHM 2020 iaitu:

  • Pemahaman Syariah dan fatwa;
  • Malaysian Standard (MS);
  • Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia;
  • Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS);
  • Perundangan berkaitan halal; dan
  • Ramuan kritikal (jika berkaitan).

Sijil Latihan Kompetensi Halal

Merujuk kepada Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) yang terkini, klausa (17) (12) (E) & (F), bahagian Latihan:

(e) Latihan kompetensi halal hendaklah dilaksanakan sekurang- kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua ahli Jawatankuasa Halal Dalaman yang dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat;

(f) Latihan kompetensi halal hendaklah dikendalikan oleh Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB JAKIM atau pihak berkuasa berwibawa

 

Sijil Halal Competency Training yang di keluarkan kepada peserta setelah tamat latihan adalah di iktiraf Halal JAKIM dan JAIN yang di keluarkan oleh syarikat rakan strategi Al Barakah Training Solution yang berdaftar dengan Halal Professional Board (HPB)

 

LIHAT PAMPLET HALAL COMPETENCY TRAINING [HCT]

Tempoh Latihan

1 Hari

Bahasa Digunakan

English & Bahasa Malaysia

Pilihan Latihan

Public & In House

Kandungan Kursus

Peserta akan belajar tentang:

  • Prinsip Halal & Haram
  • Syarat Pematuhan Halal:
    • Malaysia Standard (MS)
    • MPPHM (Domestic) 2020
    • Malaysia Halal Management System (MHMS)
  • HAS
  • Undang-undang berkaitan halal
  • Amalan baik pengurusan halal dan kesalahan biasa yang dilakukan semasa pengurusan halal syarikat.

Hasil Pembelajaran

Peserta akan dapat:

  • Meningkatkan tahap pemahaman mengenai prinsip dan konsep halal.
  • Meingkatkan tahap pemahaman mengenai pematuhan dan keperluan Halal
  • Memahami dan mampu mengamalkan Sistem Pengurusan Jaminan Halal dengan jelas
  • Memahami dan mampu menerangkan amalan halal terbaik di premis / kawasan makanan.
  • Mampu melaksana dan menigkatkan kecekapan sistem jaminan halal syarikat

PERLUKAN LATIHAN SECARA IN-HOUSE?

Hubungi kami atau klik butang di bawah untuk dapatkan sebut harga.

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Sasaran Peserta:

  • Pengurus Operasi dan penyelia / Jawatankuasa Halal Dalaman / Eksekutif Halal/ QA&QC.

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

PROFILE TENAGA PENGAJAR

MR. HAJI SAIFOL BIN HAJI BAHLI

Training Consultant

Haji Saifol Bahli is a very well experienced in halal industry locally and internationally. His involvement in Halal industry began in 1996 when he was the Head, Quality Assurance & Hygiene, Catering services at Malaysia Airlines (MAS). During his tenure he was appointed as Management Representative for HACCP, Halal and ISO 9001 Certification.

Certified Halal Facilitator by MIHA-JAKIM and competent in various halal matter | Certified Halal Executive by Halal Professional Board (HPB)  | HRDF Certified Trainer.

 

Soalan - Soalan Lazim

  • Apakah itu Halal Competency Training / Latihan Kompetensi Halal?

    Halal Competency Training merupakan latihan yang di wajibkan hadir oleh ahli Jawatankuasa Halal dalaman sesebuah organisasi yang di iktiraf Halal oleh JAKIM sekurang-kurangnya 3 (tiga) tahun sekali berdasarkan garis panduan MPPHM (Domestik) 2020.

  • Adakah Sijil Latihan Kompetensi Halal / Halal Competency Training Di Iktiraf JAKIM/HPB?

    Ya.

    Al Barakah Training Solution Sdn Bhd sebagai penganjur program dan berkolaborasi dengan syarikat Excellent Continent Sdn Bhd (ECSB) yang merupakan penyedia latihan halal di iktiraf Halal Professional Board (HPB).

    Sijil yang diberikan adalah keluaran syarikat tersebut yang semestinya di iktiraf oleh JAKIM.

     

  • Adakah Yuran Kursus Ini Boleh Di Tuntut Melalui HRDF/HRDCorp?

    Ya.

    Kami merupakan syarikat yang berdaftar dengan HRDF / PSMB / HRDCorp dan kursus ini boleh adalah 100% Claimable.