Pengenalan Kursus

Halal Awareness Training (HAT) atau Latihan Kesedaran Halal merupakan kursus halal yang MESTI di hadiri oleh syarikat yang ingin mendapatkan pensijilan halal Malaysia JAKIM atau yang telah di iktiraf halal setiap 3 tahun dan mesti di perolehi dari syarikat penyedia latihan Halal yang berdaftar.

Al Barakah Trainning Solution Sdn Bhd merupakan syarikat penyedia latihan yang berdaftar sebagai rakan strategi Malaysia International Halal Academy (MIHA) dan berkolaborasi dengan syarikat Exclusive Continent Sdn Bhd (Penyedia latihan HPB) yang bertauliah untuk mengendalikan Halal Awareness Training dan Latihan Kesedaran Halal.

Ada dua jenis latihan halal yang mesti di hadiri bagi pemegang sijil halal JAKIM iaitu:

1. Halal Awareness Training / Latihan Kesedaran Halal

  • Kursus ini mesti di hadiri oleh semua pekerja di dalam syarikat yang diutamakan adalah di bahagian operasi pengeluaran, pembelian dan pergudangan / warehouse setiap 3 tahun sekali.

2. Halal Competency Training / Latihan Kompetensi Halal

  • Kursus ini mesti di hadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman / Internal Halal Commitee (IHC) members setiap 3 tahun sekali (Minima). Penjelasan yang lebih terperinci diterangkan di laman Halal Competency Training

Halal Awareness Training 2023

Halal Awareness Training

Seperti yang di nyatakan dalam Prosedur Manual untuk Persijilan Halal Malaysia 2020 / MPPHM (Domestik) 2022 di mana pihak pengurusan syarikat yang di iktiraf halal WAJIB memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal.

“Halal Awareness Training” / Kursus Kesedaran Halal ini memberi pendedahan kepada peserta konsep asas Halal & Toyyib serta amalan yang baik untuk di praktikkan semasa mengendali pemperosesan makanan dalam mengekalkan integriti halal di dalam sesebuah organisasi.

Latihan ini adalah penting kepada pekerja syarikat yang mempunyai pensijilan halal JAKIM agar mereka mematuhi Standard Operating Procedure atau SOP yang telah di tetapkan oleh Bahagian Halal JAKIM.

Dengan menyedari akan pensijilan Halal, pekerja akan memahami akan kepentingan untuk mengamalkan amalan halal yang baik semasa mengendalikan produk makanan.

Sijil Halal Awareness Training

Sijil Halal Awareness Training yang diperolehi dari Al Barakah Training solution adalah di keluarkan dengan kerjasama bersama syarikat yang di daftarkan di bawah Halal Professional Board (HPB) iaitu Exclusive Continent Sdn Bhd.

Merujuk kepada Garis Panduan Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) yang terkini, Klausa (17) (12) C, bahagian Latihan di mana:

Latihan kesedaran halal hendaklah merangkumi skop berkaitan konsep halal dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia, dan dikendalikan oleh organisasi atau individu yang berdaftar di bawah HPB JAKIM;

 

Sijil yang di keluarkan ini juga di iktiraf Malaysia International Halal Academy (MIHA).Ini bererti sijil keluaran kami boleh di gunakan bukan sahaja di dalam Malaysia, malah juga di luar negara.

Latihan Kesedaran Halal

Tajuk khas bagi Kursus Kesedaran Halal / Halal Awareness Training ini adalah Halal Good Practice iaitu Amalan Halal yang Baik.

Tajuk sedemikian di berikan untuk kursus ini adalah disebabkan maklumbalas yang kami terima sejak 2009 daripada majikan tentang apa yang di kehendaki untuk pekerja mereka.

Oleh yang demikian, modul latihan Halal Awareness Training ini di olah untuk memberi impak yang maksima kepada peserta yang akan menghasilkan tindakan yang positif daripada mereka semasa bekerja.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja mereka mendapat latihan yang cukup secara berkala bagi memastikan sistem jaminan halal syarikat dapat berjalan dengan lancar dari segenap lapisan pekerja di dalam sesebuah organisasi yang telah di iktiraf Halal.

LIHAT PAMPLET HALAL AWARENESS TRAINING [HAT]

Tempoh Latihan

4 Jam

Bahasa Digunakan

English & Bahasa Malaysia

Pilihan Latihan

Public & In House

Kandungan Kursus

Peserta akan belajar tentang:

  • Prinsip halal dan haram
  • Definisi Najs
  • Amalan yang baik dalam menjamin integriti halal.
  • Halal Assurance System / Sistem Jaminan Halal
  • Kajian Kes / Case Study

Hasil Pembelajaran

Peserta akan dapat:

  • Memahami dan meningkatkan kesedaran kakitangan syarikat mengenai prinsip utama Halal dan Haram
  • Memupuk nilai tanggungjawab kakitangan syarikat untuk menjaga etika dan disiplin dalam pematuhan kepada piawaian halal.
  • Kakitangan syarikat akan memahami punca kepada pembatalan dan penarikan balik sijil oleh JAKIM
  • Kakitangan syarikat akan memahami aspek-aspek amalan pengendalian makanan yang baik dalam mengekalkan Jaminan Halal produk.

PERLUKAN LATIHAN SECARA IN-HOUSE?

Hubungi kami atau klik butang di bawah untuk dapatkan sebut harga.

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Sasaran Peserta:

  • Semua orang terlibat dalam pengeluaran, penyediaan, pengendalian, dan penyimpanan makanan halal.

Sasaran Organisasi

  • Syarikat Pengilang Makanan, Hotel, Restoran, Katering makanan, Sembelih, Perkhidmatan makanan, Perkhidmatan penghantaran makanan, Dapur hospital, Universiti.

Penyedia Latihan Berdaftar & Bertauliah

PROFILE TENAGA PENGAJAR

Puan Siti Munirah

MRS. SITI MUNIRAH

Training Consultant

Certified Internal Halal Auditor by Halal Professional Board (HPB) | Certified Halal Facilitator by MIHA-JAKIM and competent in various halal & Food Safety matter | Certified Halal Executive by Halal Professional Board (HPB) | Certified Food Handling Trainer by MOH | HRDC Certified Trainer.

  • Past experienced: Nando’s, QSR, Starbucks, GSC etc
  • Area of expertise: F&B HACCP, Pest Control Management, MeSTI, GMP and halal.

Soalan - Soalan Lazim

  • Adakah Yuran Kursus Ini Boleh Di Tuntut Melalui HRDF/HRDCorp?

    Ya.

    Kami merupakan syarikat yang berdaftar dengan HRDF / PSMB / HRDCorp dan kursus ini boleh adalah 100% Claimable.