Halal Awareness Training

Tempoh : 4 Hours

 |     Pilihan : In-House Training / Public     |

HRDCorp Claimable

Halal Awareness Training

HALAL GOOD PRACTICE

Halal Awareness Training

Latarbelakang

Seperti yang di nyatakan dalam Prosedur Manual untuk Persijilan Halal Malaysia 2020 (Domestik) di mana pihak pengurusan syarikat yang di iktiraf halal WAJIB memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal.

“Halal Awareness Training” / Kursus Kesedaran Halal ini memberi pendedahan kepada peserta konsep asas Halal & Toyyib serta amalan yang baik untuk di praktikkan semasa mengendali pemperosesan makanan dalam mengekalkan integriti halal di dalam sesebuah organisasi.

Latihan ini adalah penting kepada pekerja syarikat yang mempunyai pensijilan halal JAKIM agar mereka mematuhi Standard Operating Procedure atau SOP yang telah di tetapkan oleh Bahagian Halal JAKIM.

Dengan menyedari akan pensijilan Halal, pekerja akan memahami akan kepentingan untuk mengamalkan amalan halal yang baik semasa mengendalikan produk makanan.

Tajuk khas bagi Kursus Kesedaran Halal / Halal Awareness Training ini adalah Halal Good Practice iaitu Amalan Halal yang Baik. Tajuk sedemikian di berikan untuk kursus ini adalah disebabkan maklumbalas yang kami terima sejak 2009 daripada majikan tentang apa yang di kehendaki untuk pekerja mereka.

Oleh yang demikian, modul Halal Good Practice (HGP) ini di olah untuk memberi impak yang maksima kepada peserta yang akan menghasilkan tindakan yang positif daripada mereka semasa bekerja.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja mereka mendapat latihan yang cukup secara berkala bagi memastikan sistem jaminan halal syarikat dapat berjalan dengan lancar dari segenap lapisan pekerja di dalam sesebuah organisasi yang telah di iktiraf Halal.

Hasil Pembelajaran

Objektif Latihan:

Halal Awareness Training Online

Halal Awareness Training Online

Bermula pandemik COVID-19, Kursus Kesedaran Halal / “Halal Awareness Training” mula di perkenalkan secara atas talian.

Tempoh yang di jalankan adalah sama iaitu 4 Jam dengan menggunakan aplikasi Zoom.

Penggunaan platform online sebagai media penyampaian latihan menjadi pilihan utama majikan kerana ia menjimatkan majikan dari segi pembiayaan yuran, menjamin keselamatan pekerja dan sememangnya berkesan.

Namun begitu, ia tidak begitu sesuai bagi pekerja awam terutama pekerja bukan warganegara kerana mereka lebih fokus sekiranya “Group Activity” di jalankan yang lebih memberi kesan kepada pekerja di bahagian ini.

Untuk itu, latihan secara In-house bersemuka lebih sesuai bagi pekerja di bahagian ini.

HRDCorp Claimable

Kursus Kesedaran Halal / “Halal Awareness Training” adalah sebuah program latihan yang telah di daftarkan di bawah HRDCorp SBL Skim Khas.

Mana-mana majikan yang berdaftar dengan HRDCorp layak menuntut bayaran dari HRDCorp untuk latihan ini.

LATIHAN SECARA IN-HOUSE

LATIHAN 'PUBLIC' ONLINE

21 Oktober 2021  | Khamis  | 0900~1300

Hari
Jam
Minit
Saat
Pendaftaran bagi tarikh ini telah di tutup. Sila hubungi kami untuk tarikh selanjutnya.

DAPATKAN 'COURSE OUTLINE' PENUH

FAQ's

Ya.

Syarikat kami telah berada dalam industri halal sejak 2009 dan di iktiraf sebagai rakan strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA)

Ya.

Sijil kursus yang diberikan kepada peserta setelah tamat adalah di iktiraf MIHA yang juga di iktiraf oleh JAKIM.

Kursus ini di jalankan 2 bulan sekali.

Ya. Kami juga mengalukan mana-mana syarikat untuk membuat latihan ini secara In-House sekiranya mempunyai jumlah pekerja yang mencukupi.

Tidak. Modul kursus latihan ini tidak di rangkan untuk membantu dalam memohon pensijilan halal.

Untuk belajar cara mohon halal, kami sarankan ikut program khas cara mohon halal.

Antara Pelanggan Kami