
Kursus Pengendali Makanan Online
Pengenalan Kursus Pengendali Makanan:
Kursus pengendali makanan merupakan kursus yang wajib di hadiri oleh pengendali makanan di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Berdasarkan Akta Makanan 1983, pengendali makanan di Malaysia wajib menghadiri kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan typhoid(setiap 3 tahun) sebelum mengendalikan makanan.
Kegagalan individu mendapatkan sijil kursus pengendali makanan dan tiada vaksin typhoid jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun ATAU RM10,000 ATAU kedua-duanya sekali.
Kursus pengendali makanan Online:
Disebabkan penularan pandemik COVID-19, tiada kursus boleh dijalankan. Ini memberi impak yang sangat besar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana tiada kawalan terhadap pengendali makanan di Malaysia.
Pengendali makanan Home Based terutamanya sangat sukar di kawal dan peniaga home based semakin bertambah secara drastik akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan.
Pada April 2020, Al Barakah Training Solution telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan kursus pengendali makanan secara Online / Atas talian.
Pendaftaran Kursus Pengendali Makanan online boleh dibuat atas talian dengan yuran serendah RM50 Sahaja seorang.
Speaker
- Coach Saiful Abd RahmanPrinciple Trainer
Merupakan Tenaga Pengajar yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, HRDF dan juga merupakan Eksekutif Halal dan Halal Trainer di bawah kerjasama Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA) yang dibangunkan oleh JAKIM.