fbpx

Chef Hotel 5 Bintang Bali Kongsi 5 Tips Untuk Bahan Mentah Kekal Lebih Lama Dan Segar

Chef Hotel 5 Bintang Bali Kongsi 5 Tips Untuk Bahan Mentah Kekal Lebih Lama Dan Segar

Ayam yang baru dibeli, berbau dan kebiruan apabila sampai dirumah? Macamana nak tau Ikan yang dibeli masih segar? Perlukah untuk simpan telur dalam peti sejuk? 

Bahan mentah memainkan peranan yang sangat penting untuk pastikan makanan yang dihasilkan berkualiti dan selamat dimakan. Bahan mentah yang tidak segar dan rosak boleh menyebabkan keracunan makanan .

Chef Khairul Zaini merupakan anak kelahiran manjung, perak yang tidak terkenal di industri perhotelan Malaysia namun beliau pernah berkhidmat di Hotel London united kingdom selama 17 tahun dan telah berkhidmat di Hotel Ritz-Carlton Bali, Indonesia selama 25 tahun sebelum bersara.

Kita di Malaysia untung sebab Kemenerian Kesihatan Malaysia mewajibkan pekerja hadir kursus asas pengendali makanan dan mengambil berat isu halal. Kalau di indonesia, takde kewajipan untuk hadir kursus macam ni. Kalau ada pun, tiada penguatkuasaan.

Di Malaysia dah lama wajib. Isu Halal sekarang pun Malaysia yang ke depan.

– Chef Khairul

Ini 5 tips mudah yang diamalkan oleh Chef Khairul sehingga sekarang bagaimana membeli bahan mentah dan menyimpan agar tahan lama dan kekal segar.

1.Pemilihan bahan mentah

Pilih bahan mentah yang segar. Ikan yang segar mempunyai isi yang pejal dan anjal. Mata ikan mestilah tidak terbenam, bewarna jernih dan tidak bewarna merah.

Periksa insang ikan, pastikan insang masih bewarna merah cerah. Ikan yang segar juga tidak mengeluarkan bau yang busuk.

Ayam segar bewarna pink cerah dan tidak lebam serta mempunyai isi yang pejal dan anjal. Sekiranya terdapat bahagian ayam yang bertukar warna kebiruan/kehijauan, berlendir dan berbau busuk, elakkan daripada membeli ayam tersebut. 

Daging yang elok mestilah bewarna merah cerah, tidak berlendir dan tidak berbau busuk. Pilih sayur atau buah-buahan yang tidak layu/kering. Elakkan membeli sayur atau buah yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang telah berubah warna.

Elakkan memilih telur yang telah retak, pecah ataupun diselaputi najis dan kotoran yang terlalu banyak.

2.Pembelian bahan mentah

Gambar Illustrasi Chef Hotel

Masa dan cara pembelian bahan mentah juga memainkan peranan yang penting pada kesegaran bahan mentah.

Bahan mentah basah seperti ayam, ikan, udang, produk tenusu seperti susu, keju ataupun makanan sejuk beku seperti nugget perlu dibeli paling akhir sekali supaya tidak terdedah pada suhu bilik terlalu lama.

Pendedahan yang lama pada suhu bilik meyebabkan kesegaran bahan mentah berkurangan dan cepat rosak.

Rancang waktu pembelian, beli bahan mentah basah pada awal pagi kerana ia baru dikeluarkan dan masih dalam keadaan segar.

Elakkan membeli bahan mentah pada lewat petang dan malam.

3.Pengangkutan bahan mentah

Bahan mentah basah dan produk tenusu sangat sensitif pada perubahan suhu. Sediakan  ‘cooler box’ yang mengandungi ais di dalam kenderaan anda untuk menyimban bahan mentah basah ini.

Sekirnya anda merupakan pengusaha makanan dan membeli bahan mentah daripada pembekal, pastikan lori yang digunakan pembekal untuk menghantar bahan mentah basah anda adalah lori sejuk/beku.

Elakkan mengangkut bahan mentah basah pada suhu bilik. Suhu bilik adalah suhu zon bahaya dimana pembiakkan bakteria sangat pantas dan menyebabkan bahan mentah cepat rosak.

4.Penyimpanan bahan mentah

Simpan banan mentah dengan cara yang betul. Sekiranya anda membeli bahan mentah kering, sejuk dan beku pada masa yang sama, simpan bahan mentah sejuk dan beku terlebih dahulu dan baru diikuti dengan bahan mentah kering.

Bahan mentah basah seperti ayam, ikan, daging boleh disimpan pada bahagian sejuk ataupun bahagian beku.  Sekiranya disimpan pada bahagian sejuk (chiller) ia boleh bertahan selama 3 hari.

Jika disimpan pada bahagian beku (freezer) bahan mentah ini boleh bertahan selama 6 bulan. Sentiasa periksa suhu bahagian sejuk.

Pastikan suhu di bahagian sejuk tidak lebih daripada 4°C.

Telur  boleh disimpan pada suhu bilik.

Bagaimanapun penyimpanan dalam peti sejuk boleh meningkatkan jangka hayat telur tersebut sehingga 3-4 minggu.

Selain daripada itu, bahan mentah yang disimpan dalam peti sejuk juga mestilah ditutup dengan sempurna dan dilabel. Sentiasa pastikan peti sejuk anda mempunyai ruang dan tidak terlalu padat dengan stok bahan mentah.

Amalkan FIFO (First In First Out) untuk mengelakkan bahan mentah tamat tempoh dan rosak di dalam peti sejuk anda.

sumber : highspeedtraining.co.uk

5.Jangan basuh daging yang dibeli.

Amalan membasuh bahan mentah seperti sayur dan buah memang sangat digalakkan dan ia menjamin kebersihan dan keselamatan.

Ini adalah kerana kebiasaannya sayur-sayur dan buah-buahan dicemari dengan bahan kimia yang digunakan oleh petani untuk melindungi tanaman dari haiwan perosak.

Tetapi ini tidak berlaku untuk daging.

Daging yang dibeli jangan sesekali dibasuh sebelum disimpan. Ini kerana apabila daging dibasuh terlebih dahulu sebelum di simpan, kelembapan tersebut akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria.

Ini akan membuatkan daging tersebut cepat rosak kerana ancaman bakteria. Sekiranya dimasak boleh mengakibatkan keracunan makanan. Hanya basuh apabila hendak digunakan nanti.

Kesimpulan

Bahan mentah merupakan kunci utama kepada jaminan keselamatan makanan. Sentiasa amalkan 5 tips ini untuk pastikan bahan mentah selamat digunakan dan mengurangkan risiko keracunan makanan.

Biasanya orang lama-lama seperti mak kita mesti ada tips-tips yang diamalkan dari turun temurun.

Anda ada tips turun-temurun yang boleh di sharekan di bahagian komen?

Penulis:

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet!
Share on linkedin
Share

KEEP IN-TOUCH

Sertai ribuan ‘Subscribers’ kami untuk mendapatkan artikel terkini.

Kongsikan pandangan anda:

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *