fbpx

Semak 7 Kesilapan Ini Sebelum Mohon Sijil Halal Dan Jimat Beribu Ringgit

Jangan lakukan ini semasa permohonan halal dan jimat ribuan ringgit

Pensijilan Halal Malaysia merupakan satu ‘standard’ atau piawaian yang dirangka oleh pakar-pakar industri dari aspek sains bio-teknologi, sains makanan, syariah dan keselamatan makanan.

Ia mempunyai standard yang tinggi.

Sama juga seperti standard-standard lain yang telah ada di pasaran seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Point (HAACP), ISO 22000 dan lain-lain pengiktirafan yang ada.

Namun begitu pada pendapat peribadi saya, pensijilan halal merupakan standard yang paling tinggi.

Ini adalah kerana ia bukan sahaja melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan tetapi termasuk aspek syariah di mana aspek ini cukup penting bagi umat islam kerana ia melibatkan akidah.

Bagi usahawan Industri kecil & Sederhana (IKS), perkara yang mereka selalu lakukan kesilapan sebelum memohon pensijilan halal adalah ubahsuai mengikut citarasa sendiri.

Al Barakah Training Solution Tweet

Ya.

Mengikut citarasa sendiri.

Sepatutnya mereka mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan dalam garis panduan premis GMP dan bukan mengikut citarasa sendiri.

Eh.. Tapi.. nak mohon halal, kenapa kene ikut GMP?

Perlu tahu bahawa pensijilan halal ini terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek sains dan syariah.

Di dalam aspek sains inilah ia mengambil sedikit standard yang terdapat dalam GMP dan HACCP.

Susun atur premis makanan yang berkesan

Ini antara kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan IKS yang boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit:

  • Tidak Menyediakan "Process-Flow"
  • Tidak Menyediakan Bilik Khas Pekerja
  • Sistem Saliran Yang Tidak Teratur
  • Permukaan Dinding Yang Tidak Sesuai
  • Siling Cantik Tapi TIdak Ikut Spesifikasi
  • Kurangnya Kemudahan Sinki Basuh Tangan
  • Tersalah Pilih Lokasi Premis

1 – Tidak menyediakan proses flow

Soalan pertama yang akan ditanya oleh pihak perunding/consultant sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat mereka untuk buat susun atur premis ialah:

“Boleh terangkan process flow kerja pemperosesan?”

Soalan yang sama juga akan ditanya apabila auditor halal melawat premis anda untuk tujuan audit.

Bayangkan sekiranya anda sudah siap menjalankan pengubahsuaian premis dan telah berbelanjakan puluhan ribu baru nak semak bahagian ini, akibatnya anda akan terpaksa mengeluarkan lagi duit ribuan ringgit untuk pengubahsuaian semula mengikut garis panduan keselamatan makanan.

2 – Tidak menyediakan bilik khas pekerja

Ini paling banyak sekali pengusaha IKS gagal untuk siapkan.

Ya.

95% dari client kami gagal sediakan ruangan khas ini. Nampak seperti remeh tapi sangat penting.

Pekerja anda perlu melalui bilik khas ini sebelum memasuki ruangan pemperosesan makanan.

Di ruangan ini juga mereka akan menyimpan barangan peribadi mereka dan aksesori-aksesori yang tidak dibenarkan masuk di dalam kawasan pemperosesan seperti yang kita pelajari di dalam kursus asas pengendali makanan.

Bila dah ada ruangan khas sebegini, baru lah tiada lagi kes terjumpa topi keledar di sebelah rak bawang!

3 – Sistem saliran yang tidak teratur

Sistem saliran sangat penting di bahagian pemperosesan untuk memastikan kerja-kerja pembersihan menjadi mudah dan efektif.

Lantai ruangan pemperosesan hendaklah sentiasa kering dan tiada takungan air untuk mengelakkan 2 sebab utama:

A – pemangkin pembiakan bakteria 

B – keselamatan pekerja (mengurangkan risiko jatuh kerana lantai licin).

Jadi, rancanglah dengan betul saliran air keluar di kawasan premis anda dan dapatkan nasihat pakar supaya anda tidak tersalah membuat pengubahsuian ubahsuai dan di akhirnya menanggung risiko dapur banjir akibat saluran tersumbat!

4 – Permukaan dinding yang tidak sesuai

Dinding pula harus direka bentuk dan dibina bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

Ia juga perlu di reka bentuk dengan mengambil kira ruangan yang memungkinkan haiwan perosak dari masuk ke dalam premis.

Permukaan dinding dan sekatan dalam dapur dan bilik bahagian pemperosesan harus diletakkan dengan bahan halus, tahan lama, tidak diserap dan mudah dibersihkan (misalnya jubin kaca atau keluli tahan karat) yang mana ketinggian tidak kurang dari 2 m.

Selebihnya boleh di cat sahaja.

Anda perlu tahu di Malaysia ini ada syarat-syarat khas yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sila rujuk syarat-syarat yang ditetapkan kerana ada sesetengah PBT yang meletakkan syarat agak ketat.

5 – Siling cantik tapi tak ikut spesifikasi

Semasa kami membuat lawatan ke salah satu premis (dapur katering) pelanggan kami, kami tergamam melihat kecantikan hiasan silling dinding di bahagian dapur tersebut.

Dihias seperti kafe hipster tetapi malangnya pencahayaan yang tidak mencukupi dan siling yang dicat dengan warna hitam kesemuanya adalah sangat tidak mematuhi keperluan GMP yang baik

Pengubahsuaian siling perlu dijalankan dengan hanya perlu dicat dengan warna yang terang, iaitu sebaiknya warna putih dan tiada ruangan lubang yang boleh menjadi laluan kemasukan makhluk perosak ke kawasan pemprosesan.

Pastikan anda tidak pakai kipas siling di kawasan ini.

Ya anda pasti akan cakap anda akan selalu cuci.

Tetapi realitinya, ia tidak terjadi.

6 – Kurangnya kemudahan sinki basuh tangan

Pastikan anda sediakan banyak kemudahan sinki untuk membasuh tangan.

Sediakan sinki untuk pekerja mencuci tangan di bilik khas pekerja, sebelum memasuki ruangan pemperosesan dan didepan pintu memasuki tandas bagi menjamin kebersihan diri pekerja.

Kebanyakan yang terjadi, sinki basuh tangan digunapakai sekali sebagai sinki basuh sayur & ayam. (menggunakan singki yang sama)

Please..

7 – Tersalah pilih lokasi premis

Ini paling sedih.

Walaupun jarang berlaku tetapi perlu diberi perhatian.

Tahukah anda, anda tidak boleh menjalankan operasi pengeluaran makanan di kawasan industri di mana terdapat bengkel-bengkel motor/kereta, pusat kimpalan dan kedai-kedai yang berkait dengan pemotongan besi seperti kedai buat ‘grill’ atau pagar.

Anda juga tidak boleh beroperasi di kawasan yang telah ditetapkan oleh PBT sebagai premis jualan, bukan untuk pemperosesan.

Hal ini akan menjadi semakin rumit apabila Deposit sudah dibayar dan sewa pun sudah berbulan-bulan, tetapi permohonan lesen premis tidak diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan apatah lagi nak mohon pensijilan Halal dan lain-lain.

Berapa Jumlah kerugian?

Anda kira sendiri!

Kesimpulan

Kesilapan-kesilapan ini dapat dielakkan dari awal sekiranya perancangan dibuat dengan lebih teratur sekaligus anda akan dapat merancang dengan baik untuk membesarkan perniagaan anda.

Kenapa?

Sebab bila anda ada perancangan membesarkan perniagaan anda, anda tidak boleh lari dari mendapatkan pensijilan Halal, Mesti , GMP, HACCP setidaknya.

Semua standard pensijilan ini pasti menitikberatkan point-point yang dinyatakan diatas.

Sekiranya anda tersalah buat langkah, pasti anda perlu membuat pengubahsuaian semula. Anda kene panggil semula kontraktor untuk mengubah struktur-struktur yang telah dibuat mengikut syarat-syarat pensijilan ini.

Rugi Kan?

Anda ada pengalaman sebegini? Boleh kongsikan bersama kami dalam ruangan komen 😉

Penulis:

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet!
Share on linkedin
Share

KEEP IN-TOUCH

Sertai ribuan ‘Subscribers’ kami untuk mendapatkan artikel terkini.

Kongsikan pandangan anda:

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *