Halal competency training post header

Apa Itu Halal Competency Training

Apa itu Halal Competency Training ? Apa tujuannya? – Antara perkara baru yang di nyatakan adalah keperluan latihan Kompetensi halal yang membuatkan industri halal tertanya-tanya. Umum mengetahui bahawa Bahagian Hab Halal JAKIM telah mengeluarkan garis panduan baharu bagi pensijilan halal iaitu Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM Domestik 2020) yang menggantikan manual tahun 2014.

Terdapat 2 latihan yang di wajibkan iaitu Halal Awareness Training dan Halal Competency Training. Tidak seperti sebelum ini, jarang yang akan mendapat laporan ketidak akuran berkaitan halal tentang latihan halal, tetapi bermula 2021, banyak syarikat yang telah mendapat laporan ketidak-akuran – “Tiada Latihan Berkaitan Halal kepada kakitangan syarikat”

Register Halal Competency Training Online

Apa Itu Halal Competency Training?

Berdasarkan manual MPPHM Domestik 2020, setiap syarikat yang telah mendapat halal certificate hendaklah memastikan semua kakitangan syarikat yang merupakan Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman atau Internal Halal Committee Members (IHC) untuk menghadiri Halal Competency Training sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh masa 3 tahun.

Ia tidak bermaksud 3 tahun di sini. Sekiranya pihak pengurusan memutuskan untuk mewajibkan setahun sekali di dalam Manual Halal Assurance System (HAS), maka kakitangan syarikat mesti mengikut peraturan yang di buat oleh pihak pengurusan syarikat.

Di dalam MPPHM (Domestik) 2020, Bahagian IV – Keperluan Pensijilan Point (12)

(a) Latihan kesedaran halal kepada pekerja baharu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lantikan;

(b) Latihan kesedaran halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua pekerja yang terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan/ atau perkhidmatan;

(c) Latihan kesedaran halal hendaklah merangkumi skop berkaitan konsep halal dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia, dan dikendalikan oleh organisasi atau individu yang berdaftar di bawah HPB JAKIM;

(d) Latihan kesedaran halal boleh dipanjangkan kepada pihak ketiga yang berkaitan seperti pemilik jenama, pembekal, penyedia pengangkutan dan lain-lain yang difikirkan perlu;

(e) Latihan kompetensi halal hendaklah dilaksanakan sekurang- kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua ahli Jawatankuasa Halal Dalaman yang dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat;

(f) Latihan kompetensi halal hendaklah dikendalikan oleh Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB JAKIM atau pihak berkuasa berwibawa yang merangkumi skop berikut:

(i) Pemahaman Syariah dan fatwa;

(ii) Malaysian Standard (MS);

(iii) Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia;

(iv) Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS);

(v) Perundangan berkaitan halal; dan

(vi) Ramuan kritikal (jika berkaitan).

(g) Pengurusan syarikat hendaklah menyediakan dana kewangan dan prasarana yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan; dan

(h) Rekod latihan kesedaran halal dan latihan kompetensi hendaklah disimpan dengan baik, dikemas kini dan mudah untuk dirujuk semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.

 

Tujuan Latihan Kompetensi Halal

Tujuan latihan ini sebenarnya adalah untuk memastikan pihak pengurusan halal mengemaskini dengan garis panduan serta keperluan yang terkini tentang pensijilan halal.

Logiknya, ahli jawatankuasa halal mesti memunyai ilmu tentang pensijilan halal kerana mereka akan menjadi rujukan di dalam organisasi mereka apabila terjadi sesuatu perkara yang melanggar garis panduan halal. bukan itu sahaja, mereka juga akan di rujuk bagi mengesahkan boleh atau tidak bahan mentah digunakan.

Sekiranya Internal Halal Committee tidak di dedahkan dengan garis panduan baru atau terdapat perkara-perkara yang kritikal berkaitan halal contohnya penarikan sijil halal bagi sesetengah jenama yang memang digunakan oleh syarikat, ini tentunya bahaya kepada syarikat tersebut bahkan boleh membahayakan pengguna.

Oleh yang demikian, halal competency training ini di wajibkan di bahagian pengurusan atas untuk mempersiapkan sekumpulan pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan sistem jaminan halal syarikat berjalan dengan lancar dan baik.

Penyedia Latihan Halal Competency Training

Halal Professional Board (HPB) merupakan badan yang di beri tanggungjawab oleh JAKIM untuk mengururuskan kapasiti halal dalam inovasi dan pembangunan profesionalisma dan  menyelenggara, menyediakan modul latihan, membangun tenaga pengajar halal, dan melantik syarikat-syarikat penyedia latihan yang bertauliah untuk mengendalikan latihan berkaitan halal seperti Halal Competency Training.

Penyedia latihan halal (PLH) yang berdaftar di bawah Halal Professional Board adalah sebanyak 32 buah organisasi yang merangkumi kolej, universiti dan syarikat swasta (Kemasikini Jun 2022)

Daftar Sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH) Halal Professional Board (HPB)

Buat masa ini, Halal Professional Board (HPB) belum lagi membuka pendaftaran bagi syarikat yang ingin mendaftar sebagai penyedia latihan.

Daftar Halal Competency Training Online

Halal Competency Training boleh di hadiri dengan mudah iaitu secara online. Al Barakah Training Solution bekerjasama dengan syarikat yang bertauliah di bawah Halal Professional Board (HPB) untuk mengendalikan kursus latihan ini secara atas talian / Online.

Sijil yang diterima adalah di iktiraf oleh JAKIM/JAIN semasa pemantauan di lakukan.  Pendaftaran Halal Competency training online adalah mudah dan yuran boleh di tuntut sepenuhnya melalui HRDCorp Claimable. DAFTAR

Siapa yang Perlu Hadir Halal Competency Training

Halal Competency training mesti di hadiri oleh kakitangan syarikat yang merupakan Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman atau Internal Halal Commitee.

Ini termasuk Chairman, Halal Executive, Purchasing, Human resource, operation dan lain-lain yang di anggap berkaitan oleh pihak atasan.

Kesimpulan

Halal Competency Training adalah program latihan yang sangat bermanfaat kepada pihak pengurusan atasan syarikat untuk mengetahui denganlebih mendalam tentang isu-isu semasa halal.

Ia juga dapat memberi ruang kepada pihak atasan untuk bertanya kepada tenaga pengajar betauliah yang sememangnya berpengalaman di dalam industri.

Similar Posts