Suntikan Typhoid Pengendali Makanan


Kami berusaha untuk memudahkan pengusaha restoran untuk mendapatkan suntikan TY2 atau Suntikan Typhoid yang diwajibkan kepada semua pengedali makanan.
 
Oleh itu kami telah mengenalpasti klinik-klinik yang ingin bekerjasama membantu kami untuk memberi suntikan Typhoid kepada staff-staff restoran di restoran mereka dengan bayaran yang tidak membebankan.
 
Ini bermakna mereka tidak perlu datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan Typhoid
 
Kadar bayaran yang dikenakan bagi suntikan typhoid adalah seperti berikut :
 
1) RM 60/org bagi suntikan 5 orang (minima)
Surat pengesahan akan diberikan setelah suntikan. Sekiranya perlu kad suntikan, bayaran tambahan RM2 dikenakan dan wajib sediakan gambar ukuran passport. Perlu diingatkan bahawa Kad suntikan adalah optional sahaja kerana surat pengesahan doktor sudah memadai.

1) RM70/Pax bagi suntikan typhoid minima 5Pax (Harga dikemaskini pada 1 May 2019)

Surat pengesahan atau Kad suntikan diberikan setelah suntikan dibuat. Sekiranya perlu kedua-duanya, bayaran tambahan RM2 dikenakan. Sila sediakan gambar ukuran pasport semasa mendapatkan suntikan sekiranya ingin Kad suntikan pengendali makanan.

Tempoh sah laku suntikan sah selama 3 tahun.